PINGGANG • PUNGGUNG • KAKI
Sciatica
Sakit atau rasa tidak selesa yang boleh bermula dari pinggang atau punggung dan menjalar ke bahagian kaki.
SEEMBUH memberi fokus kepada bahagian badan yang tegang, sakit dan mengganggu pergerakan. Urutan dilakukan menggunakan pendekatan tradisional Melayu, tekanan yang disesuaikan serta regangan mengikut keadaan badan.
Sebelum sesi bermula, kami akan bertanya tentang lokasi sakit, pergerakan yang terganggu dan kawasan badan yang terasa tegang.
Kenal pasti kawasan masalah
Fokus urat, otot & bahagian berkaitan
Regangan ringan jika diperlukan
SEEMBUH memberi fokus kepada masalah badan seperti otot tegang, pergerakan sendi terbatas, rasa mencucuk, sakit berulang dan ketidakselesaan yang mengganggu aktiviti harian.
Teknik urutan disesuaikan mengikut keadaan pelanggan. Ada bahagian yang memerlukan tekanan sederhana, ada yang memerlukan kerja lebih halus pada kawasan sendi dan ada yang sesuai digabungkan dengan regangan ringan.
Antara masalah dan aduan pelanggan yang pernah kami kendalikan serta beri fokus semasa sesi urutan.
PINGGANG • PUNGGUNG • KAKI
Sakit atau rasa tidak selesa yang boleh bermula dari pinggang atau punggung dan menjalar ke bahagian kaki.
BAHU • LENGAN
Bahu terasa ketat dan sakit sehingga tangan sukar diangkat atau digerakkan seperti biasa.
BELIKAT • BAHU
Belikat terasa keras, berat, mencucuk atau berulang terutama selepas duduk lama dan aktiviti berulang.
PINGGANG
Pinggang terasa lenguh, keras atau tidak selesa ketika tunduk, bangun daripada duduk atau berdiri terlalu lama.
LEHER • BAHU
Ketegangan dari tengkuk hingga ke bahu yang boleh membuatkan badan terasa berat dan sukar menoleh.
LUTUT • KAKI
Lutut, paha atau betis terasa berat dan tegang, terutama selepas banyak berjalan atau berdiri terlalu lama.
Masa sesi diberi lebih kepada bahagian yang benar-benar mengganggu pelanggan.
Tidak semua kawasan perlu ditekan kuat. Tekanan disesuaikan mengikut keadaan badan.
Regangan ringan boleh dilakukan selepas kawasan yang tegang mula dilonggarkan.
Masalah yang sudah lama mungkin memerlukan beberapa sesi bergantung pada keadaan badan.
Ada sesi fokus 45 minit, sesi 60 minit dan Pakej Urat & Saraf 90 minit untuk sesi yang lebih menyeluruh.
Untuk masalah yang memerlukan lebih masa, Pakej Urat & Saraf memberi ruang yang lebih panjang untuk fokus kawasan masalah bersama urutan badan.
Pilihan utama untuk masalah yang memerlukan lebih masa dan sesi lebih menyeluruh.
Untuk sesi sederhana dengan fokus kawasan masalah bersama urutan badan.
Sesi ringkas untuk fokus pada bahagian utama yang paling mengganggu.
Sesi khusus lelaki dengan fokus kepada masalah berkaitan urutan batin.
Outcall: hanya untuk Pakej Urat & Saraf. Cas pengangkutan akan dimaklumkan admin.
Slot 5:00 petang: incall sahaja.
Wanita pada waktu malam: incall sahaja.
Slot belum dianggap sah sehingga booking disahkan oleh admin SEEMBUH.